Powered by Blogger.
RSS

Secret Recipe Giant Kemuning Utama

 Tarikh mengunjungi : 18 September 2013

Lokasi :

No.3, Jalan Kemuning Prima E33/E,
Kemuning Utama, Shah Alam

Tel : 03- 5121 3659

Harga : Untuk sefamili makan agak mahal antara RM70 ke atas kerana satu set hidangan berharga RM15 ke atas (belum masuk harga minuman)



Menu tarikan : kek terutamanya choc indulgence (RM7.50 untuk sepotong). Dalam gambar adalah kek red velvet (RM10.00 untuk sepotong)

Tahap servis : servis adalah lambat, walaupun tiada pelanggan dan ada beberapa orang pekerja perempuan tetapi semuanya lambat sehinggakan saya terpaksa mengambil sendiri sudu dan garfu di tempat yang disediakan.

Tahap kebersihan : ada banyak lalat yang mengganggu kami makan. Rasanya semua cawangan perlu tingkatkan tahap kebersihan premis.

Komen : adalah tidak berbaloi untuk makan di sini kerana mutu makanan sudah tidak seperti dahulu. Kalau mahu beli kek mungkin boleh beli bawa pulang sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment