Powered by Blogger.
RSS

Johnny's Restaurant, Putrajaya


Tarikh mengunjungi : 17 November 2013

Lokasi : JOHNNY'S RESTAURANT
                 CafĂ© / Restaurant
                 Lot No. 21, Rasa Food Arena,
                 LG 72 & 74,
                 Alamanda Shopping Centre,
                 Precinct 1, 62000 Putrajaya,
                 Wilayah Persekutuan.
                TEL: 03-88888662 FAX: 03-88888663
                Business Hours : 10am - 10pm



Harga : sangat berpatutan. Untuk seisi keluarga bermula dari RM50.00 ke atas bergantung kepada menu yang dipesan


Menu tarikan : pelbagai makanan untuk steamboat

Boleh baca entri ini juga : http://zailabinimdae.blogspot.com/2012/01/jjcm-johnnys-restaurant-summit-usj.html

Tahap servis : agak laju juga cuma meja di restoran ini agak kecil sedikit untuk memuatkan dapur elektrik, mangkuk dan perkakas untuk steamboat. Belum tambah pinggan bagi yang tambah menu nasi. Jadi agak menyusahkan pelanggan untuk sentiasa berhati-hati agar tidak terjatuhkan pinggan atau gelas.

Tahap kebersihan : bersih

Komen : sekiranya teringin untuk makan steamboat yang berpatutan harganya, boleh datang di sini lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eddlee Fried Chicken


Tarikh mengunjungi : 13 Oktober 2013

Lokasi : Pasir Pekan, Kelantan

Website : Eddlee Fried Chicken

Harga : satu keluarga kami makan dalam RM30-RM40


Menu tarikan : ayam goreng

Boleh baca entri ini juga : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/10/jjcm-kelantan-eddlee-fried-chicken.html

Tahap servis : sederhana

Tahap kebersihan : sederhana

Komen : teringin untuk mencuba leher ayam goreng tapi dua kali pergi stok masih tidak ada. Mungkin akan berkunjung lagi setiap kali pulang ke kampung halaman kerana harganya yang murah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Ayam The Chicken Rice Shop


Tarikh mengunjungi : 16 Oktober 2013

Lokasi : Jusco Aeon, Bukit Tinggi Klang

Website : http://www.thechickenriceshop.com

Harga : Untuk satu set 3 orang makan dalam RM50-RM70

Menu tarikan : nasi ayam dan paling kesukaan anak-anak kami adalah Pai Tee


Boleh baca entri ini juga : http://zailabinimdae.blogspot.com/2012/02/jjcm-chicken-rice-shop.html

Tahap servis : sederhana bergantung kepada pelanggan. Sekiranya ramai kena menunggu dalam 10 minit sebelum diambil pesanan

Tahap kebersihan : bersih

Komen : nasi ayam The Chicken Rice Shop memang disahkan Halal oleh Jakim. Boleh baca info di website The Chicken Rice Shop dan juga laman sesawang Jakim.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Restoran Nasi Arab Saba', Cyberjaya


Tarikh mengunjungi : Ogos 2013

Lokasi : 4800 Suite 0-2, G-Floor, Block A1,
Jalan Perdana, Cyberjaya

No. Telefon : 03-8320 2544


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Restoran Uncle Bob, Jalan Kebun


gambar ihsan blog : http://usopnani.blogspot.com/2013/05/239-uncle-bobrestoran-ayam.html

Tarikh mengunjungi : Banyak kali kerana lokasi restoran berhampiran dengan kediaman

Lokasi : Jalan Kebun (berhampiran tapak pasar malam hari Jumaat)

Harga : Untuk sefamili dikira masih murah iaitu dalam RM20-RM50 bergantung kepada menu yang dipesan.


Menu tarikan : Ayam goreng Uncle Bob (prisa asli atau pedas) harga pun masih di bawah RM10 untuk sepinggan. Ada juga beberapa gerai jualan yang berniaga di luar seperti sate, aneka sup dan juga rojak.

Tahap servis : Sederhana. Makanan akan dihantar dalam masa 10-15 minit.

Tahap kebersihan : Baik. Ada ruangan berhawa dingin sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak.

Komen : Sudah semestinya ini pilihan keluarga kami seandainya mahukan makanan yang murah, sedap dan ada pelbagai menu untuk dipilih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tentang Blog Ini

Blog ini di wujudkan khas untuk panduan bagi mereka yang mencari-cari tempat makan yang best atau terkenal di sekitar Selangor. Blog ini adalah hasil peribadi saya dan keluarga yang suka mencuba kedai / tempat makan yang baru. Segala gambar di dalam blog ini adalah dari koleksi peribadi dan juga hasil carian di google. Rujukan satu famili di dalam blog ini mewakili famili kecil kami aiaitu dua dewasa dan empat kanak-kanak.

Segala isi kandungan adalah hak milik mutlak saya dan tidak dibenarkan ditiru mahupun diubahsuai untuk diedarkan di mana-mana medium massa yang lain. Komen dan pandangan adalah datang tulus ikhlas dari hati dengan niat untuk berkongsi dengan pembaca yang lain. Tiada niat untuk menjatuhkan atau memberi publisiti murahan kepada mana-mana premis yang disebutkan di dalam blog ini.

Namun begitu, bagi mereka yang ingin mengiklankan produk makanan mahupun servis di dalam blog ini, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app/viber : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sedikit bayaran pengiklanan akan dikenakan untuk tempoh masa yang tertentu berdasarkan pakej yang ditawarkan.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Jangan lupa untuk terus mengikuti siri jalan-jalan cari makan bersama kami di beberapa lagi tempat yang menarik di sekitar Malaysia nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Secret Recipe Giant Kemuning Utama

 Tarikh mengunjungi : 18 September 2013

Lokasi :

No.3, Jalan Kemuning Prima E33/E,
Kemuning Utama, Shah Alam

Tel : 03- 5121 3659

Harga : Untuk sefamili makan agak mahal antara RM70 ke atas kerana satu set hidangan berharga RM15 ke atas (belum masuk harga minuman)



Menu tarikan : kek terutamanya choc indulgence (RM7.50 untuk sepotong). Dalam gambar adalah kek red velvet (RM10.00 untuk sepotong)

Tahap servis : servis adalah lambat, walaupun tiada pelanggan dan ada beberapa orang pekerja perempuan tetapi semuanya lambat sehinggakan saya terpaksa mengambil sendiri sudu dan garfu di tempat yang disediakan.

Tahap kebersihan : ada banyak lalat yang mengganggu kami makan. Rasanya semua cawangan perlu tingkatkan tahap kebersihan premis.

Komen : adalah tidak berbaloi untuk makan di sini kerana mutu makanan sudah tidak seperti dahulu. Kalau mahu beli kek mungkin boleh beli bawa pulang sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS